Monday 25 April 2011

SEBAB LELAKI MENYAMPAH DENGAN WANITA

Aku lelaki. Dan sebagai lelaki, sungguh kadang-kadang rasa sangat annoy dengan sesetengah jenis wanita. Maaf, bukan nak berlagak baik, sebab aku bukan baik pun. Aku menulis berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian disekeliling. Itu saja. Rasa nak kongsi, aku kongsilah. Macam jugak entri lepas, aku bahagikan alasan-alasan sebab tajuk entri di atas kepada dua: sebab logik dan sebab tak logik.

SEBAB LOGIK

Mengada
Lelaki sangat tak suka dengan perempuan yang mengada-ngada melebih. Itu tak boleh, ini tak boleh. Merengek sana, merengek sini. Ok fine kalau pakwe beliau boleh tahan dan fine jugak kalau muka beliau cun tahap Nora Danish. Mengada tak sama dengan manja ya. Mengada lebih kepada sesuatu yang dibuat-buat. Manja pulak lebih kepada perangai semulajadi.

Mulut Puaka
Sungguh aku sebagai lelaki sangat annoy dengan perempuan yang mulut puaka tak ingat. Aku rasa lelaki lain pun macam tue jugak. Mulut puaka ni bukannya busuk bau mulut. Tapi mengumpat tak ingat. Mengumpat 24 jam. Mengumpat normal la kalau sikit-sikit. Biasa benda tue. Kalau lebih-lebih sampai dalam mimpi pun mengumpat, tak tau la nak kata apa.

Mulut puaka jugak adalah jenis perempuan yang mulut lancang tak ingat. Main lepas je cakap. Pedihnya tak ingat. Perli siap dengan jeling mata. Pergh, sangat makan dalam dan tak boleh blah.

Dengki
Dengki yang negatif. Dengki sebab pakwe member hensem, then usaha untuk rampas. Dengki sebab member dapat result ok dalam exam, then bakar nota member (hahah.. ada ke?). Dengki sebab member disukai ramai, then usaha untuk burukkan member kat belakang. Sangat annoy! Tambah-tambah kalau kantoi.

Malas
No komen.

Asyik Cerita Pasal Pakwe
Ni pun kadang-kadang aku pun selalu jugak terlepas. Manusia jugak kan. Tapi tidak sekarang sebab single. Haha..

Aku ada member macam ni sorang dulu. Gila rimas. Kalau borak je mesti cerita pasal pakwe beliau. Aku yang baik hati ni layan angguk je walaupun terpaksa berlakon suka dengar (selit-selit jugak cerita pasal aku. haha).

Kuat Maki
Salah sikit maki. Tak kena sikit maki. Kira perkataan-perkataan buruk tue jadik kebiasaan. Lelaki yang banyak cakap maki-maki pun sangat annoy (aku pun kadang-kadang banyak jugak termaki hamun.. Manusia kan?), inikan pulak wanita ayu bertudung penuh dengan tatasusila.

Tapi yang peliknya, aku tak rasa heran plak kalau sesetengah bloggerz perempuan yang kuat maki-maki. Entah. Complicated.

Bajet Best
Beliaulah yang paling xun, dialah yang paling menawan. Beliaulah yang paling vogue. Tak ada orang lain boleh lebih dari beliau. Sangat menyampah gila-gila.

Gedik
Ini satu lagi. Hadoooiiii!

SEBAB TAK LOGIK

Tak Cantik
Paras rupa bukan ukuran untuk menyampah kat seseorang.

Kuat Nangis
Lelaki tak menyampah kat seorang perempuan yang kuat nangis. Lemah lagi adalah. itu senjata. Anda wanita kena ingat.

Kuat MakanBold
Apa punya reason kod ni da?

Kuat Berak
Mana ada!!!! hahaha

Kuat Kentut
Tanya Doyah. Hahaha.. Tau sapa Doyah?

Kurang Pandai
Kurang pandai ni aku lebih fokus kepada istilah blur-blur. Comey apa!

Kuat Shopping
Ada lelaki yang menyampah. Ada yang tak. Depend. Kalau aku, tak suka ikot! Even mak aku or kaklong or kakngah aku ajak shopping pun aku malas.

Selekeh
Tak menyampah. Tapi tak berapa best. Sebab laki suka usha sesuatu yang best. Haha.. Kenyataan. Tapi kelakar jugak kalau sekali sekala tengok perempuan mata sembab, muka laju, baju tak iron, sebab bangun lambat dan tak sempat.

CUKUP CERITER!

Nota SEBELUM DIBAKO:

Pandangan peribadi aku saja. Sila terima dengan hati terbuka. Maaf andai ada terkasar bahasa.

Apa yang korang semua menyampah dengan perempuan? Tak kisah la apa saja. Kongsi di komen!

Sama-sama cuba baiki diri yang tak sempurna..

No comments:

Post a Comment