Monday 25 April 2011

Persepsi “Boring” Pada Aku

TMP selalu borak-borak dengan member dan ada dari mereka yang selalu mengeluh kesah mengenai "boring". Pada TMP, boring tu tak pernah wujud pada diri. Boring atau kata lainnya, tak tahu apa nak buat. So ramai antara kita akan mengisi keboringan dengan tidur dan tidur. Nyata sekali tidur berlebihan, adalah membuang masa. TMP kalau memang tak rasa penat, akan cuba untuk tidur 3 ke 4 jam je sehari dan selebihnya, isikan masa "boring" tersebut dengan something yang berguna. Duduk depan komputer surf internet!

Dalam internet, bagi TMP tak pernah terfikir ada definisi boring tersebut. Kalau korang rasa boring dengan internet, fikirkan balik apa yang korang isikan dengan internet? Sejauh mana internet memberikan korang sesuatu? Kalau dengan internet korang boleh buat something untuk at least bayar bil internet korang bulan-bulan tanpa perlu keluarkan duit gaji, korang mesti takkan pernah kenal definisi boring dengan internet.
Boring pada TMP ada satu jenis je iaitu boring atau bosan dengan perkara yang sama kita lakukan hari-hari iaitu kerja yang memberi kita sesuap nasi. Kerja yang perlu dibuat dengan ikhlas sebenarnya sebab itulah rezeki yang Allah pilih untuk beri pada kita. So dalam erti-kata lain, soal kerja pun penting. Kalau kita buat kerja yang kita memang minat dan mahukan memang senang. Tapi kalau korang ditakdirkan untuk buat sesuatu yang korang tak suka tapi terpaksa buat sebab nak cari duit, maka ikhlas-ikhlaskan'lah diri untuknya. Selagi korang belum ada pilihan lain. Hidup ni tak lama jadi lakukanlah perkara yang korang suka untuk lakukan as long bukan syok sendiri dan tak memberi hasil.

TMP bersyukur juga kerana tercipta dengan tahap nilai keboringan yang jarang-jarang wujud. Terdidik dari kecil untuk tidak terlalu bergaul sebab bila korang tak bergaul, korang akan rasa boring. Tidak bergaul bukan bermakna kera sumbang since simpulan bahasa tu pun dah tak releven dengan dunia ICT sekarang ni. Yes, TMP lagi ramai kawan internet/maya dari kawan realiti dan TMP gembira untuk itu. Untuk apa mempunyai ramai kawan dan teman, jika sukar untuk bersama susah dan senang dan lebih teruk lagi, jika rakan-rakan sekadar mengisi masa terluang bercakap-cakap kosong soal awek sana awek sini. Fikir balik, sampai bila untuk hidup dalam masa yang tidak bermanfaat. Orang yang menghabiskan 3/4 masanya dengan internet dan pandai memanipulasikan apa yang dinamakan internet itu, orang tersebut lebih luas pandangannya pada dunia.

Separuh orang akan cari member-member ajak borak untuk hilang boring. Separuh orang lagi akan ke sana ke sini menghilangkan keboringan. Tapi fikir balik sejauh mana benda tu akan menghilangkan boring korang? Mungkin akan hilang sekejap tapi esok lusa, datang balik boring tu. So takkan ke mana kan? Jadi fikirlah apa cara nak hilangkan boring yang memberi manfaat pada korang. Hangout dengan teman sekadar menjaga hubungan persahabatan dan bukanlah sebab ingin hilangkan boring. Kalau sebab nak hilangkan boring dan keluar dengan kawan, apakah definisi seorang teman dan sahabat tu bagi kita sekadar untuk hilangkan boring? Tidak bukan?

Jadi ape pula persepsi boring pada korang?KOMEN DERR....

No comments:

Post a Comment