Tuesday 26 April 2011

Demam K-Pop Menyerang Malaysia..!!!!

GELOMBANG kegilaan remaja Malaysia terhadap pelakon dan penyanyi Korea semakin memuncak sehingga mencetuskan fenomena khususnya di kalangan remaja perempuan.
Fenomena Korea bermula beberapa tahun lalu dengan pengaruh besar drama Korea, Winter Sonata yang mengisahkan pengorbanan dan cinta sejati lakonan hebat Kang Joon-sang (Bae Yong Joon) dan Jung Yu-jin (Choi Ji Woo).
Drama itu membuatkan ramai suri rumah dan wanita khususnya, sanggup meninggalkan tugas lain semata-mata untuk duduk di depan televisyen untuk menontonnya.
Bukan setakat menonton, malah menjiwai dan menangis meratapi nasib watak dalam drama tersebut.
Selepas itu pula, tercetus kegilaan anak-anak muda kepada lagu-lagu pop Korea atau disebut K-Pop.
Daripada ‘kewajipan’ menyaksikan konsert dan membeli cakera padat (CD), cakera video digital (DVD), baju atau cendera mata sehinggalah menghafal lirik lagu-lagu popular mereka.
Tidak cukup dengan itu, bagi yang memiliki telefon bimbit, wang belanja sekolah habis atau sebahagian gaji bulanan digunakan untuk menambah nilai kad prabayar. Ia semata-mata bagi membolehkan mereka memuat turun nada dering atau wallpaper dan gambar-gambar artis Korea.
Menerusi laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, mereka mewujudkan kumpulan atau rangkaian peminat artis Korea dan K-Pop.
Ruang status mereka dalam Facebook misalnya, dipenuhi gambar-gambar artis Korea selain lagu-lagu popular K-Pop yang dikongsikan daripada web Youtube.
Selain peminat K-Pop di Malaysia menyerbu kedai-kedai muzik, mereka juga mencari CD dan DVD secara online.
Begitulah kuatnya penangan artis-artis Korea ini. Kenapa mereka sanggup berhabis wang semata-mata untuk tanda sanjungan kepada artis Korea?



komen..komen ok...

No comments:

Post a Comment