Wednesday, 27 April 2011

Ciri-ciri Lelaki yang tidak boleh dijadikan Suami/Teman Lelaki

Kali ni, saya nak tulis pasal ciri-ciri lelaki yang tak best saja untuk anda golongan wanita pilih dan jadikan sebagai teman hidup. Sesekali kena tukar gender untuk dijadikan bahan kutukan. muahahaha.
Selalu sangat saya dengar orang cakap tentang ciri-ciri buruk wanita. Konon yang kuat membebel, kuat bershopping, tak tahu masak, pemalas, materialistik and banyak lagi woo.
So, rasanya kali ni..saya dalam mood nak bikin lelaki panas pulak. kehkehkeh. Boleh naa?? :Psaya bukan nak memburukkan lelaki tetapi ini adalah untuk membuat lelaki-lelaki di luar sane boleh dipakai...bukan untuk dibuang...Kalau nak senaraikan semua, im sure banyak ni nak wat kutukan baja hitam. muahahaha.Tapi, tak apalah. Saya kutuk 4  point aja kali ni. Maybe, kalau ada yang nak tambah. Silakan. No problem. hehehehe
Ciri-ciri lelaki hawau:-


1- Kaki perempuan
Pergh. Saya pantang gila kalau ada geng lelaki yang perangai dia kumpul list awek. Kalau hari ni nama awek dia Ayam, selang 4 hari dah tukar nama jadi Ayamas pulak. Even, nama nak sama tapi Ayam dan Ayamas bukanlah orang yang sama.
Bila orang tanya, mana Ayam? Dia akan jawab dengan slumber “Ayam tu tak boleh pakai. Servis tak bagus.”
Oh, dasar lelaki. Ingat perempuan ni hidup untuk melayan nafsu kuda kamu aje naa???

2- Kaki kelentong
Hahahahaha. Kalau hal yang ini, jangan terkejut mak nenek naa. Ada aja teman wanita yang tak perasan pun perangai boyfie/suami dia camni. Ada yang dah kawan sampai bertahun-tahun pun tak tahu woo.
For me, kaum lelaki adalah kaum yang paling teror bab kelentong. Kalau perempuan ni, kelentot dia terhad sikit.Tetapi, kalau lelaki ni…kelentong dia pelik sikit. Kalau bukan lelaki ni bukan jenis hawau sekalipun, dia tetap kelentong jugak tapi limited edition sikitlah.hahahaha. Cuma, kalau dah nak pi jumpa kawan nak tengok bola pun kelentong cakap nak pi surau ada kenduri tahlil..apa kes kan????? Oh, siapa yang terkena itu????????? hahahahaha

3- Kaki cemburu buta
Cemburu dengan cemburu buta lain woo. Kalau cemburu saja, is normal for me. Kan? Kalau cemburu buta ni makan hati woo. Saya, so far tak pernah pulak ada girl fren yang cemburu buta. If tak, sure meroyan siut. hahahaha.
Tapi, my friend selalu sangat kenal dengan lelaki yang cemburu buta ni. Sumpah, sadis woo. Biasanya, lelaki yang kuat cemburu buta ni…ada extra perangai tau. Pemarah!! agree or not???

4- Kaki pow duit awek
Ini contoh lelaki yang tak boleh pakai langsung. Bak kata sepupu saya pun, membazir kalau bela lelaki macam ni. Sah-sah tak boleh jadi suami woo. belum kahwin pun, spender nak suruh awek yang belanja. Apa kejadah kan? Kalau pi kedai makan, jangan harap dia nak keluarkan duit. Tapi, ada jugak perempuan bangang!!!!!!! Sayang and cintun konon. Podachi. Baik elakkan lah wei dengan lelaki macam ni. Haiya.
Oklah. Tak nak tulis lagi. ak pon laki juga tapi tak satu pon ciri-ciri kat atas tu kat aku so...lelaki di luar sane ubah a..atitude tu ok....

No comments:

Post a Comment