Monday, 25 April 2011

Lelaki Yang Cepat Merajuk Atau Touching

Baru lepas membaca artikel seorang lelaki yang sensitif meluahkan isi hati dia. Lelaki ini kawan kepada kawan saya. Dia ni sensitif macam mana ye..Tak adalah sensitif sangat tapi cepat merajuk. Aik, bukan sama ke antara merajuk dan sensitif. Apa-apa jela..Sekali dengar bunyi macam pelik juga bila ada lelaki cepat merajuk tapi lelaki juga manusia biasa yang ada perasaan. Tapi, Kalau dah keterlaluan sangat merajuk dia itu sudah melampau!
Saya pernah dengar lelaki yang suka merajuk ini biasanya anak emak. Sejauh mana kebenarannya saya tidak tahu sebab saya malas nak ambil tahu pasal lelaki merajuk.. Kata orang kalau lelaki merajuk ni susah nak pujuk balik. Betul ke?

Antara tanda-tanda bila lelaki merajuk
1. Dia akan senyap sepanjang masa. Lelaki ni bukan macam kaum perempuan. Dia merajuk cool. Walaupun kita bercakap sejuta perkataan sekali pun dengan dia, jangan harap lah dia nak balas balik. Jadi bila lelaki merajuk ibaratnya kita bercakap dengan patung.
2. Tidak melayan masej. Dia akan biarkan saja masej masuk tanpa ada perasaan untuk membalasnya.
3. Masam muka sepanjang masa. Yang ini boleh buat kita sakit hati. Lagi teruk dia boleh tarik muka. (lagi buruk)
4. Hisap rokok sekotak. Memang dah parah ni.
5. Menangis. Ada juga ke lelaki yang merajuk menangis..? Agak susah nak terima.
6.Buat Status Bukan-bukan konon nak minta simpati la..
Bila lelaki dah merajuk, perlu ke perempuan pujuk? I think so. ;)

No comments:

Post a Comment