Monday, 25 April 2011

"Saya begitu Fanatik K-Pop"

Agak lama jugak la aku tak menulis kat blog yg serba sederhana ni. Tiba-tiba terasa terpanggil plak nak menaip. Jari-jemari ini sudah lama tak wat senaman.Sebelum aku nak mula berhujah. Ada sesiapa disini yang sudah baca surat khabar semalam, atau nak diringkaskan lagi Akhbar Berita Harian yang bertarikh 24 April 2011,Muka surat 10 & 11, tajuk "Awasi Remaja Gila K-Pop". Menarik ni. Sure ramai dah baca. So apa pendapat anda?

Sebagai peminat K-pop yang dah masuk 9 tahun ni(lama gak kan). Sebenarnya aku dah cuba tak nak minat sangat. Tapi apa boleh buat, minat pada sesuatu mana boleh paksakan. Drama pertama yg aku tengok Winter Sonata.Ya! memang Winter Sonata pencetusnya.Tidak disangka pula dari drama terus ke lagu- lagu korea, variety show etc. Ok,kita kembali kpd topik asal~~Setelah dibaca keratan akhbar itu banyak kali. Aku masih tertanya-tanya. Kenapa perlu K-pop?Oh!terlupa , sekarang ini telah menjadi trend orang meminati K-Pop. Kiranya tak mahu terlepas peluang untuk melariskan akhbar.

Obses?Kalau dah nama obses mmg negatif tue akan jd banyak. Aku nak ulas skit apa yang penulis ni tulis. Sebab aku pun ada pendapat aku sendiri. Memandangkan aku ni dikategorikan sebagai obses @ fanatik k-pop, aku nasihatkan kepada yang bukan obses sila jangan teruskan pembacaan anda jika tidak sanggup untuk membacanya. Kalau nak baca...dipersilakan.


Pesanan ringkas:
Isi kandungan dibawah ini hanya pendapat yang aku rasa layak untuk ditulis.




"Perkembangan industri hiburan Asia Timur khususnya dari Korea Selatan atau dirujuk sebagai K-Pop boleh menjejaskan pertumbuhan industri kreatif dan hiburan negara"


Dah terjejas pun.So artis negara perlu la buat sesuatu supaya tak terjejas. Jangan bunyi ja lebih, tapi habuk pun tak dak. seriusly, aku lebih suka lagu-lagu zaman 90an lagi. Ikutkan, dah banyak kali dah aku bagi peluang, tapi masih ditempat yang sama. Kontroversi memang la sebahagian dari kehidupan sebagai seorang artis. Tapi aku dah bosan la dengan kontroversi yang sama. Contoh seperti "Z kahwin dgn Datuk Q","Dadah","Cerai","Kami hanya kawan" etc.usih....ak dah lemas~~.Cukup~.

Dari segi drama dan filem ,hmmmm...beberapa kerat saja yg aku mampu tonton.Itu pun dah tahap aku rasa dah tak mahu tonton. Nak tau tak apa kelainan drama/filem korea dan filem/drama kita?Jauh sangat kalau nak dihuraikan. Banyak sangat perbezaannya. Yang aku tau, aku tidak suka drama yang mempunyai lagu tema yang sama. Contohnya, aku penah tengok sebuah drama yang mempunyai lagu tema yang sama dengan drama yang lain.Sehingga menimbulkan kekeliruan aku dan BOSAN. Aku ni bukanlah pandai sgt bab2 seni ni.Buat sekadar melepaskan batuk ditangga.Komen lebih-lebih kang tak pasal2 aku kena saman. Orang kita ni tak leh trima kritikan.Mereka lebih suka jadi seperti "Katak dalam gelas kaca".



"Elak kes bunuh diri akibat obses muzik korea"


Setakat ni aku masih belum mendengar pasal rakyat malaysia bunuh diri sebab muzik korea. Yang ada pun yang bunuh diri sebab putus cinta.Mungkin amaran kut kepada yang obses pada artis korea.Aku(seorg yg obses) rasa aku masih waras lagi.Sebab masih boleh bezakan baik dan buruk. Kepada ibu bapa or rakan2 yang lain. Awasi la anak-anak anda or rakan2 anda kalau da artis fav mereka mati sbb bunuh diri.Pasni kena pasang CCTV.(camtue kot kaedahnya). Ramai dah artis korea yang bunuh diri sebb stress. Isu Park Yong Ha dah lama kut. Ada lagi yg baru.Oh lupa plak Park Yong Ha ni femes kat winter sonata.(yang ni jerla yg leh wat modal crita pun)



"Pengaruh hiburan korea boleh menjadi punca keganasan "


Uish ...dirogol oleh kwn bapanya setelah diumpan utk menonton filem terbaru korea. Kalau dia kena umpan ngan filem omputih cmna plak?Disebabkan itu sahaja telah dilabelkan sebagai keganasan. Agak tak masuk akal gak dengan statment ini. Apa yang ingin dihighlightkan?Boleh x huraikan panjang sikit. Banyak lagi benda yang boleh tercetusnya keganasan.
Kalau nak dikatakan jalan cerita drama korea ni ada unsur keganasan.Aku rasa ada lg yg lagi teruk.

"Pergaulan bebas serta cara pemakaian kurang sopan"

hahahahahahaha.....pergaulan bebas?owh..sbb tengok konsert ramai2..tapi aritue time ak tengok showcase JYJ. Aku rasa kiri,kanan,depan dan belakang aku semuanya perempuan. Kalau ada pun aku rasa tak sempat kut nak ramas2, kalau dah terpesona ngan tarian yg menarik dan lagu2 yg sedap untuk didengar. Tengok contdown new year pun dah ramai kena tangkap basah. Tak pun pergi jer kat taman2 or mall lagi banyak pergaulan bebas yg free utk ditontonkan.
Pemakaian kurang sopan...hmmm..x yah la teropong jauh sgt,tengok artis kita cukup.

"Peminat sanggup berhabis duit"

Apa yang kita cari,tentulah yang berkualiti.Kalau dicampur tolak bahagi dan darab.Memang banyak dah aku laburkan.Setakat ni aku masih tak rasa nyesal pun. Sebabnya, aku laburkan pada benda yang berkualiti dan aku puas hati dengan barang yang aku beli tue. Aku anggap ni seperti hobi.Sesetengah orang hobinya kumpul setem,kumpul novel,kumpul spek mata dan kumpul apa2 jerla. Hobi 9 tahun ak ni memang tidak akan berubah. Selagi ada duit, cerita dan lagu pun best, selagi tue aku akan beli. Seronok tengok cover album yang corak yg pelbagai. Buat apa nak bazirkan sesuatu yang aku tak minat. Selagi aku tak meminta duit dari orang lain, selagi itu aku ada hak nak beli apa pun.



Kesimpulanya, buatlah brp page pun statment . Patutnya buat dari dulu lagi time winter sonata ditayangkan(ada kesilapan, winter sonata ditygkan bukan 2003, tapi 2002). Dan tak perlu fokuskan pada K-Pop sahaja.Sebab dah trend skung adalah K-Pop, terpaksa la buat statment cmtue kan. Dah agak dah. Nanti kalu da trend lain plak, buat la lagi.


Lagu korea tak dak pun yang unsur carut2. Drama dan filem pun byk nilai pengajaran, tak boring, artis-artis yang berbakat.Apa lagi, banyak2 puji kang..tergugat plak sesetengah pihak. Yang elok2 aku amik, yang tak elok aku tolak ke tepi. Sekian~




1 comment:

  1. kowg stuju ke gan sume knyataan kt ats tu...hurm...cbe komen

    ReplyDelete