Monday 25 April 2011

Lelaki atau wanita lebih ego??..jom pikir huhu...



Cerita tentang ego ni korang rasa lelaki atau wanita yang lebih ego?..kenapa tiap kali ada sesuatu isu atau pertelingkahan, wanita je yang nak kena minta maaf dan selalu beralah walaupun puncanya daripada lelaki?..mengapa setiap kali buat salah susah sangat nak melafazkan maaf?...

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanita, walaupun wanita itu adalah orang yang dikenalinya bertahun2 dan sanggup bersusah senang bersama2…tidak semua wanita cerewet dan sentiasa inginkan kebenaran dalam penafian…tapi mengapa lelaki masih gagal berkomunikasi dengan baik dan gagal memahami kehendak wanita itu sendiri?..adakah cacian dan makian adalah makanan seorang lelaki?..

Wanita memang cerewet dalam sesetengah perkara...Dalam soal berbicara,setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik dari kaum lelaki.Ini kerana kaum wanita menggunakan kedua-dua otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra dalam membuat keputusan dalam menangani masalah yang dihadapi... tetapi bagi kaum lelaki selalu mengambil jalan singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah tanpa berfikir panjang sebab dan akibat dari tindakan yang bakal diambil..salahkah??..
Benarkah wanita terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya??...Kajian mendapati 70 % tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti dalam keadaan istirehat.Manakala otak wanita,90 & tenaganya akan tetap bekerja.Sebab inilah wanita lebih cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu masa yang sama…jadi kajian menunjukkan wanita lebih bersifat rasional dari lelaki…
perlu ke ego jika salah seorang dah mengalah? Perlu ke ego dalam sesebuah hubungan? ego lelaki dan ego wanita sangat berbeza..Ego lelaki lebih kepada tujuan untuk menundukkan wanita…lelaki lebih suka menggunakan kuasa veto untuk menguasai wanita... Kadang kadang lelaki ego sebab control macho dan bertindak seolah2 mereka mampu melakukan apa saja…macam mereka sahaja yg hebat?...huh
macam mana dengan ego perempuan? Bagi aku, perempuan selalu ego untuk menyorokkan perasaan malu…bila sesebuah hubungan bergolak, perempuan mungkin lebih emosional. So, untuk memaafkan pasangan dan ingin menunjukkan semula perasaan sayang kepada pasangan tu, perempuan malu dan berlagak konon mereka langsung tidak hirau dengan hubungan tu…tetapi sebenarnya malu untuk mengaku yang dia masih sayangkan pasangannya…Itu la ego seorang perempuan. Ego perempuan tidak sama dengan lelaki. Apa yang dilahirkan dari kata-kata bukan yang sebenarnya lahir dari hati. Mulut cakap benci..tapi hati kata sayang..
memang fitrah kejadian tuhan mencipta perempuan dengan sifat sensitif dan ingin dimanjakan…lelaki sepatutnya menahan panas baran dengan lebih berhemah supaya tiada kata2 pedas dan menyakitkan hati sepanjang komunikasi dalam menangani sebarang isu atau pertikaian..jika tidak, ego wanita akan lebih tinggi dari lelaki kerana alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...kowg yang da bace post ni boleh undi sape diantare lelaki atau perempuan yg ego kt belah atas kiri kowg... ok...bye....

No comments:

Post a Comment